Friday 29 April 2016

KELUARGA SIHAT KELUARGA BAHAGIA

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini kita dapat menyaksikan pelbagai isu tentang serangan penyakit yang aneh dan membahayakan sehingga menjadi viral di media-media sosial seperti Facebook, Twitter, dan sebagainya. Persoalannya, apakah hal ini bersangkut-paut dengan gaya hidup yang tidak sihat? Statistik yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan Malaysia pada tahun 2012 menunjukkan seramai 22,701 rekod kematian rakyat Malaysia akibat kegagalan mengawal tabiat makan dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Malangnya, jumlah kematian ini bukan sahaja terjadi dalam golongan berumur tetapi turut melibatkan semua lapisan umur.
Apa itu definisi gaya hidup sihat? Gaya hidup sihat dapat didefinisikan sebagai suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga dan juga masyarakat. Amalan gaya hidup sihat boleh dikategorikan dalam beberapa aspek seperti amalan pemakanan yang seimbang yang mengikut piramid makanan, aktiviti riadah atau senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu serta tidur dan rehat yang mencukupi disamping menghindari diri dari terjebak dengan masalah sosial seperti merokok, dadah dan sebagainya. Hal in secara langsung dapat membentuk institusi keluarga yang cemerlang.

‘Mencegah lebih baik daripada mengubati’ Keluarga yang sihat sudah tentu mampu melahirkan sebuah keluarga bahagia. Hal ini demikian kerana, keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang sihat samada fizikal dan mental mampu mewujudkan suasana dan persekitaran keluarga yang positif dan gembira. Rutin harian keluarga yang sibuk dengan kerja, sekolah dan lain-lain tidak sepatutnya dijadikan sebagai suatu alasan tidak mengamalkan gaya hidup sihat tetapi dengan jadual dan ketegasan sikap yang prihatin terhadap kesihatan keluaraga haruslah diutamakan. Sikap ibu bapalah yang patut diteladani oleh anak-anak, maka ibu bapa sebagai role model mewarnai kegembiraan dalam menjamin masa hadapan yang lebih sihat dan bahagia sebagai tuntasnya, ‘keluarga sihat keluarga bahagia’ .

MEDIA BARU PENCETUS DAKWAH MILLENIUM

Sudah terang lagi bersuluh, kita sudah memasuki era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda. Kita dihidang dengan setinggi-tinggi bangunan pencakar langit sehingga terleka bahawa kita kini semakin mendekati tarikh keramat 2020. Keadaan ini menandakan satu titik permulaan cabaran dan hambatan zaman yang drastik. Lahirnya medium-medium berteknologi tinggi menggantikan yang lama sehingga kita mampu merealisasikan angan-angan mencantum tali persaudaraan dan mendakwah seisi alam.
            Pada realitinya, memang tidak dapat disangkal lagi anjakkan paradigma mampu mengubah cara manusia berdakwah di zaman millenium ini. Kehidupan yang dilingkari dengan kencanggihan alat teknologi baru yang lahir “ ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan” amat menyenangkan. Sebagai analoginya, rangkaian internet seperti Facebook, Twitter, Youtube, Blog dan sebagainya sering menjadi pilihan para pendakwah millenium untuk menyeru dan menyampaikan dakwah Islam. Mengapa media baru menjadi pilihan utama pendakwah zaman ini? Hal ini demikian kerana, generasi muda lebih gemar menghabiskan sisa-sisa masa dengan bermain alat canggih ini. Maka, mudahlah untuk para dai’e  menyebarkan perihal tuntutan agama wajibul ini.
Secara tuntasnya, Islam tidak pernah menghalang perilaku hamba-Nya yang berusaha mencari petunjuk serta jalan yang benar dalam menyampaikan dakwah, menegakkan syiar Islam dan mengembangkan agama agung ini agar terus hidup bersemadi sebagai satu agama yang masyhur dan menjadi satu tanggungjawab kita umat Islam selepas kewafatan Baginda Muhammad a’llaihi salam yang terpuji. Zaman millenium inilah yang menjadi satu titik tolak yang menguji kesabaran dalam perjuangan kita lantas tetap memilih untuk terus berdiri teguh memegang takhta agama yang tertinggi.

Wednesday 6 April 2016

INTERNET PENCETUS PLAGIARISMA DALAM KALANGAN PELAJAR

         Dewasa ini, sering meniti dari bibir ke bibir internet mencetus plagiarisma dalam kalangan pelajar. Plagiarisma adalah penciplakan atau penggunaan semula karya yang didapai melalui internet, menjadikan idea orang lain sebagai hak sendiri tanpa sebarang kredit diberikan kepada penulis asal dan karya asal. Aktiviti ini sudah tidak dapat dibendung dan dikawal lagi malah semakin berleluasa seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Setelah dikenalpasti mengapakah hal demikian berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang berlaku diluar kawalan semua pihak. Antaranya, tiiada kemahiran untuk melakukan penyelidikan. Kedua, kesuntukan masa dan tiada idea dalam menyiapkan tugasan dan yang ketiga, sikap pelajar sendiri yang tidak bertanggungjawab dan yang terakhir, pelajar kurang pendedahan terhadap risiko dan kesan plagiarisma.
Faktor yang pertama ialah, pelajar kurang mahir dalam mencari maklumat. Terdapat segelintir pelajar yang tidak mahir mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu, pelajar mengambil jalan mudah dengan menyalin secara seratus-peratus hasil kajian orang lain. Kedua, pelajar yang diberi tugasan yang banyak tetapi tidak diberi tempoh masa yang cukup menyebabkan pelajar tersebut mengambil jalan pintas dengan memplagiat hasil kajian orang lain sebagai hasil kajian sendiri. Seterusnya, sikap kebanyakkan pelajar yang suka membuat kerja “last minute” di saat-saat akhir mengundang rasa tidak bertanggungjawab terhadap tugasan sehingga melakukan kesalahan memplagiat hasil kerja orang lain tanpa rasa bersalah. Faktor akhir  plagiarisma adalah kerana pelajar tidak mendapat pendedahan tentang risiko dan kesan kepada aktiviti plagiarisma tersebut. Malahan, tidak pernah terkantoi.

Kesimpulannya,   dengan kecanggihan dunia internet pada masa kini, melakukan plagiat adalah sesuatu yang mudah dan mendatangkan  hasil dengan kadar segera. Walaubagaimanapun, kita seharusnya sedar bahawa segala informasi adalah dipelihara dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987. Jika didapati kesalahan pihak universiti ataupun kolej boleh mengambil tindakan undang-undang dengan membarkan pelajar daripada memasuki peperiksaan atau digantung pengajian.

Monday 21 March 2016

Visualiser/Document Camera (ELMO) dalam pendidikan

Penyelidikan di seluruh dunia menunjukkan ICT boleh membantu pendidikan terutamanya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebuah laporan yang dibuat oleh National Institute of Multimedia Pendidikan di Jepun, membuktikan bahawa peningkatan pendedahan pelajar dalam kurikulum pendidikan Integrasi ICT mempunyai kesan yang signifikan dan positif tentang prestasi pelajar, terutama dalam ‘Pengetahuan, Pemahaman‘, ‘kemahiran praktikal‘ dan ‘presentasi kepakaran’ dalam bidang pengajian seperti matematik, sains dan pendidikan visual.
Apa itu Visualiser/Document Camera? Secara abstrak, “Visualiser”  juga dikenali “Document Camera” dan “Visual presenter” ialah alat pengajaran digital yang membenarkan pengajar/pelajar memaparkan dan berkongsi informasi dengan lebih meluas serta membawa kehidupan kepada suasana di dalam kelas. Visualiser/Document Camera  ialah alat ICT (Information & Communication Technology) yang memiliki kos-efektif, menjimatkan masa, dan mudah digunakan. Mengapakah Visualiser/Document Camera dianggap sebagai alat ICT yang popular? Hal ini demikian kerana, ianya amat mudah untuk digunakan walaupun tanpa PC. Pengajar tidak perlu membazirkan masa untuk belajar cara menggunakan alat ICT ini tetapi sebaliknya, pengajar dapat menggunakan masa itu untuk merancang kuliah dan meluangkan masa bersama-sama pelajar.

            Selain itu, penggunaan Visualiser/Document Camera bukan sahaja memberi manfaat kepada tenaga pengajar sama ada dalam menghasilkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif,  efektif, dan selesa. Tetapi, dalam masa yang sama, pengajar dapat menambahkan kemahiran dalam penggunaan ICT untuk kualiti pengajaran yang lebih baik. Tambahan pula, ianya juga dapat membantu pelajar dalam membuka minat belajar dengan lebih fokus, seronok dan meningkatkan mutu pembelajaran yang lebih efisien secara total hanya dengan penggunaan ICT yang berkesan.